Loading...

Inilah Kampung TERSEJUK Di Dunia -69 C . “SESUATU” Berlaku Masa Pecah Rekod Dunia

Inilah Kampung TERSEJUK Di Dunia -69 C . “SESUATU” Berlaku Masa Pecah Rekod Dunia | Saya Luv Islam – Pada tahun 1933, kampung di Siberia ni buat rekod dunia sebagai kampung tersejuk di dunia. Selepas puluh tahun rekod tak pecah, semalam rekod baru tercatat, dan “sesuatu” mengejutkan telah berlaku.

PURATA SUHU -50 C
SELAMAT datang ke perkampungan paling sejuk di dunia dengan suhu purata pada Januari adalah -50 darjah Celsius.

Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.

Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.

TERMOMETER ROSAK MASA CECAH REKOD BARU DUNIA
Sangat Mengejutkan. Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.

Stesen kaji cuaca di kampung itu mencatatkan -59 darjah Celsius, tetapi penduduk setempat mengatakan bahawa bacaan mereka serendah -67 darjah Celsius, kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang boleh diterima untuk penempatan tetap di mana-mana sahaja di dunia.

Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.

KAMPUNG TU MASIH WUJUD KERANA ADANYA PELANCONG BERANI
Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.

“Ia rosak kerana terlampau sejuk,” lapor The Siberian Times. – Mail Online

Sumber : Mstar

CERAI ISTERI KERANA MALAS MANDI
Kisah lain pulak. Tabiat malas mandi melampau seorang wanita membawa padah apabila suaminya bertekad untuk menceraikannya.

Pasangan kepada lelaki yang tidak didedahkan nama itu dikatakan hanya mandi sekali setahun dan mengambil masa sehingga enam jam untuk membersihkan dirinya yang terlalu kotor.

Tabiat buruk isterinya itu telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim, sekaligus membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian, lelaki itu akhirnya pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

SUMBER

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...