Loading...

Datuk Farid Kamil Buat Laporan Kes Dia Kena Tahan Tempoh Hari.. Betul Ke Ada ‘SESUATU’ Yang Tak Kena…???

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, membuat laporan polis terbaharu di Balai Polis Damansara pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, laporan itu dipercayai berkaitan penahanan Farid sebelum ini.
“Saya boleh mengesahkan bahawa dia membuat laporan pada hari Rabu, pukul 5.54 petang berhubung kejadian yang membawa kepada penangkapannya. Siasatan sedang dijalankan secara terperinci,”

katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Serah tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Shah Alam yang disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib kini memegang jawatan KPD yang sebelum ini disandang oleh Senior Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Dalam pada itu, Fadzil berkata pelakon tersebut dinasihati untuk merujuk peguamnya terlebih dahulu kerana kes masih dalam proses perbicaraan.

Terdahulu, menerusi laporan, Farid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu dan dia dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Dadah berkenaan ialah daripada kumpulan kanabis atau ganja.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ini sama dengan tarikh sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan.

Farid juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu.

 

SUMBER

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...