Loading...

BUDAK-Budak Perakaunan Dah Sedia Nak Jadi PENGANGGUR??! Kerana Tak Lama Lagi Akan Tak LAKU!!!

Gambar sekadar hiasan

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak berita yang kita dengar tentang graduan-graduan yang terpaksa menjual nasi lemak dan memandu Uber, semuanya angkara ketiadaaan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Redzuan Hassan telah berkongsi tentang nasib graduan-graduan degree in accounting yang bakal tidak laku tidak lama lagi di laman Facebook beliau.

Ada satu dari 15 cadang CSAP report, menyarankan agar Degree Accounting Malaysia digugurkan dari menjadi salah satu kelayakan menjadi akauntan bertauliah di Malaysia.

Laporan itu menyarankan hanya yang memiliki sijil professional seperri ACCA, CIMA, CPA dan lain lain sahaja layak menjadi Akauntan bertauliah.

Memiliki sijil professional itu bagus. Tidak mengiktiraf Degree universiti Malaysia itu sesuatu tindakan memalukan universiti tempatan sekaligus memalukan sistem pendidikan perakaunan di negara ini.

Ramai tak tahu usul ini. Kesannya bukan pada kami yang telah menjadi akauntan. Kesannya kepada adik adik kita yang sedang belajar akaun.

Buat apa bazirkan masa pelajar ambil ijazah perakaunan di universiti awam, kalau ianya tak diiktiraf? Buat apa bazirkan duit kerajaan menanggung kos program ijazah, diploma perakaunan? Buat apa buang masa pensyarah mengajar anak murid perakaunan di universiti?

Lebih baik mereka cadangkan agar program ijazah Perakaunan ditambah baik agar diiktiraf oleh badan professional luar negara. Bukan dengan tidak mengiktiraf Ijazah dari universiti Malaysia.

Saya menulis ini untuk menyebarkan isu berkenaan laporan CSAP agar ramai mengetahuinya. Saya antara 700 peserta yang hadir Konvensyen Akauntan Nasional pagi tadi tidak bersetuju dengan cadangan CSAP.

Bagi tau kawan kawan anda yang ada Ijazah Perakaunan dari Malaysia. Bagi tau adik adik, sedara mara anda yang sedang belajar perakaunan di Universiti Dalam Malaysia. Share kan la pada mereka.

Biar ramai ramai kita bantah.

Perkongsian beliau ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang lain yang rata-ratanya turut berasa risau sekiranya perkara ini benar-benar berlaku dan sekaligus menjadikan peluang pekerjaan semakin mencabar.

Menurut seorang pengguna Twitter, perkara itu bukanlah khabar angin semata-mata. Beliau turut memuatnaik screenshot sebuah artikel yang mengesahkan perkara ini.

Tapi aku jumpa article ni dari the star. So degree memang tak cukup. Prepare la sambung buat professional paper lepas ni.

Tambah beliau lagi, isu ini melibatkan kerjaya sebagai seorang Chartered Accountant ataupun Akauntan Bertauliah dan bukanlah sekadar pegawai akaun semata-mata.

Ramai betoi yg macam salah faham bab nak jadi CA ni. Nak jadi CA dekat malaysia ada 3 cara. Isu sebenarnya dekat option 1 tu. Sama ada lepas ni dgn degree only layak or not nak jadi CA dengan syarat ada 3 years working exp.

CA ni title. Lets say ada degree + 3 years exp. namecard nnt ‘meinmokhtar CA (m) Kalau ada degree + acca + 3 years exp ‘Meinmokhtar CA(m) acca(m) Kalau ada degree + 3 years exp + acca + cpa ‘Meinmokhtar CA(m) acca(m) cpa(m)’ Jnj register dgn MIA.

 

SUMBER

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...