Loading...

Menggunakan bahan ‘pelik’ ini untuk makan, doktor bedah ini mempunyai alasannya tersendiri

Dikhabarkan seorang doktor bedah tidak menggunakan penyepit ketika makan seperti kebiasaan orang sebaliknya menggunakan cotton bud dan perbuatannya itu dianggap pelik bagi orang yang melihatnya.

Setelah disiasat rupa-rupanya doktor Zhou Jianbo yang merupakan doktor pakar telinga, hidung dan tekak dari Hunan Provincial People’s Hospital itu makan dengan menggunakan cotton bud untuk melatih jari jemarinya supaya lebih tangkas ketika melakukan pembedahan.

 

Selepas beberapa tahun melatih jarinya makan dengan menggunakan cotton bud itu, doktor dari Changsha, ibu kota Wilayah Hunan Tengah China kini mampu memegang empat buah kapas bersaiz 3.94 inci dengan dua di setiap tangan dan mengambil bijirin beras serta sayur-sayuran dengan mudah.

Gambar-gambar Zhou Jianbo yang menunjukkan dia mempamerkan perhatian luar biasa ketika menatap pinggan makanan menjadi viral di media sosial China.

Kredit: Express UK

Menggunakan masa luangnya, Zhou juga mengupas kulit anggur dan berhati-hati menjahitnya semula dengan menggunakan kit pembedahannya dengan tujuan untuk memperbaiki mutu kerjanya

Kredit: Express UK

Menurut Zhou “Mengekalkan bentuk anggur yang mudah rapuh memerlukan kawalan yang tepat terhadap daya yang digunakan oleh jari seseorang. Jadi, melalui kaedah ini ia membantu melatih koordinasi antara tangan, mata dan otak saya.”

Malah, doktor yang begitu terobsesi dengan tangannya yang sungguh bernilai itu juga adakalanya melakukan latihan jari semasa di dalam bas atau ketika menonton televisyen.

Liang Hui yang merupakan salah seorang rakan sekerja Zhou berkata bahawa banyak doktor mencari cara yang berbeza untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang yang penuh tekanan dan memerlukan komitmen yang tinggi ini.

“Tidak kira apa jua bentuk latihan yang mereka lakukan kerana akhirnya, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kemahiran perubatan untuk rawatan pesakit yang lebih baik dan selamat.” ujar Liang.

SUMBER

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...