Loading...

Kedai SUSHI Ini DITUTUP Selepas VIDEO Meletakkan SALMON Di Atas TONG SAMPAH Menjadi VIRAL

Kebersihan tersangatlah penting lebih-lebih lagi membabitkan makanan. Pastikan anda sentiasa peka dengan kebersihan makanan sebelum menjamah atau jika tidak, anda mungkin akan terkena keracunan makanan.

gambar sekadar hiasan

Seorang netizen baru-baru ini berkongsi kisah di mana dia terlihat makanan yang bakal dihidangkan kepada pelanggan diletakkan di atas tong sampah. Ewwww!

Menurut Christy Yeow, dia sedang menikmati sushi yang dipesan di Sushi Mentai Mahkota Cheras sebelum ternampak beberapa kepingan salmon diletakkan di atas tong sampah.

Berasa loya dan jijik dengan apa yang dilihat, Christy membuat keputusan untuk berkongsi pengalamannya itu di Facebook. Dia menulis,

“Bagaimana kamu boleh dapat A untuk kebersihan?

“Salmon itu ditinggalkan di atas tong sampah selama lebih 10 minit. Selepas itu, ia diletakkan di atas meja untuk disediakan dan dihidangkan.

“Pekerja-pekerja membuang sampah ke dalam tong sampah itu ketika salmon diletakkan di atasnya. Salah seorang pekerja malah menggunakan peralatan sebaik sahaja membersihkan sisa sampah di sisi tong itu tanpa membasuhnya.”

Perkongsian itu mendapat lebih 4,800 shares dan netizen semuanya menyatakan rasa tidak percaya dengan apa yang mereka baca.

ushi Mentai kemudian dilaporkan menghubungi Christy berkenaan insiden berkenaan. Mereka memaklumkan bahawa tindakan pantas telah diambil dan mereka telah membuat keputusan untuk menutup premis tersebut semalam sehingga notis selanjutnya bagi melatih semula kesemua pekerja.

Christy mengakhiri perkongsiannya dengan menyatakan harapannya agar kesemua premis makanan mematuhi garis panduan kebersihan supaya pelanggan tidak menjamah makanan yang mungkin sudah tercemar.

SUMBER

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...